作者
Kertas Asli
发表日期
2013
期刊
Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
卷号
11
期号
1
页码范围
19-24
简介
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan iaitu kuih seri muka (SM), kuih bakar (B) dan kuih wajik (W) yang mana resepinya telah dibentuk secara pengiraan nutrien yang berdasarkan Jadual Komposisi Makanan Malaysia (JKMMM) dengan kaedah analisis secara proksimat. Penentuan kandungan makronutrien secara spesifik ditentukan menggunakan kaedah analisis proksimat manakala penentuan tenaga dan karbohidrat total dijalankan melalui pengiraan. Hasil analisis proksimat menunjukkan W mengandungi karbohidrat total tertinggi (61.5±1.6%) secara signifikan (p< 0.05), berbanding B (39.3±1.5%) dan SM (38.7±1.5%). SM mempunyai kandungan air yang lebih tinggi (46.7±1.6%) secara signifikan (p< 0.05) berbanding B (42.5±6.6%) dan W (30.2±0.4%). B mengandungi kandungan protein tertinggi (6.1±0.9%) secara signifikan berbanding dengan W (3.0±0.3%). Tiada perbezaan yang signifikan bagi kandungan lemak di antara B (12.8±1.8%), SM (9.9±0.2%) dan W (8.2±2.6%). Jumlah kalori untuk W adalah tertinggi (332 kcal/100g) diikuti oleh B (299 kcal/100g) dan SM (262 kcal/100g). Secara umumnya, nilai kandungan makronutrien dari analisis proksimat adalah lebih rendah berbanding secara pengiraan kandungan makronutrien menggunakan JKMMM. Ini disebabkan pengiraan berdasarkan JKMMM adalah berdasarkan bahan mentah manakala analisis proksimat berdasarkan sampel kuih yang telah disediakan.
引用总数
2015201620172018201920201111