作者
Mohd Uzair Rusli, Juanita Joseph, Hock-Chark Liew, Zainudin Bachok
发表日期
2015/1/1
期刊
Sains Malaysiana
卷号
44
期号
1
页码范围
49-55
简介
Kesan kaedah pengeraman ke atas prestasi merangkak dan berenang anak penyu agar (Chelonia mydas) yang baru menetas di Tempat Perlindungan Penyu Cherating (Kuantan, Pahang) dan Chagar Hutang (Pulau Redang, Terengganu) telah dianalisis pada musim bertelur tahun 2009. Purata kelajuan merangkak anak penyu yang dieram di dalam kotak polisterin, pantai tempat penetasan dan in situ adalah berbeza dengan masing-masing mencatatkan 0.042±0.008, 0.136±0.026 dan 0.143±0.045 m/s. Prestasi merangkak anak penyu daripada kotak polisterin boleh ditingkatkan dengan cara menyimpan mereka sekurang-kurangnya 48 jam selepas menetas. Daripada aspek prestasi renangan, semua jenis pengeraman telah menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan julat 93-114 kuak seminit. Walau bagaimanapun, perkaitan antara ciri morfologi dengan prestasi renangannya tidak ditemui dalam kajian ini. Hasil kajian ini telah memberi satu perspektif yang berbeza kepada penilaian penghasilan anak penyu iaitu dalam bentuk ciri morfologi dan prestasi pergerakan anak penyu.
引用总数
2016201720182019202020212022202320241652