[PDF][PDF] Sistem Kewangan Islam Brunei dan Kesannya Kepada Ekonomi Borneo: Satu Kajian Awal
KS Yusof, UISS Ali, B Darussalam - Konferansi Islam Borneo …, 2017 - researchgate.net
KS Yusof, UISS Ali, B Darussalam
Konferansi Islam Borneo, Universitas Mulawarman, Samarinda …, 2017•researchgate.netABSTRAK Perkembangan Sistem Kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam telah
maju ke depan dan menapak di arena kewangan antarabangsa. Walaupun dianggap
sebagai sebuah negara yang kecil dari segi saiz, namun kewangan dan sistem yang
diterapkan di Brunei telah berada pada tahap yang tinggi berbanding dengan negara-
negara lain di rantau ini. Kedudukan, kestabilan, keamanan dan sistem dipraktikkan oleh
Negara Brunei Darussalam telah banyak membantu perkembangan ini. Keberadaan Brunei …
maju ke depan dan menapak di arena kewangan antarabangsa. Walaupun dianggap
sebagai sebuah negara yang kecil dari segi saiz, namun kewangan dan sistem yang
diterapkan di Brunei telah berada pada tahap yang tinggi berbanding dengan negara-
negara lain di rantau ini. Kedudukan, kestabilan, keamanan dan sistem dipraktikkan oleh
Negara Brunei Darussalam telah banyak membantu perkembangan ini. Keberadaan Brunei …
Abstrak
Perkembangan Sistem Kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam telah maju ke depan dan menapak di arena kewangan antarabangsa. Walaupun dianggap sebagai sebuah negara yang kecil dari segi saiz, namun kewangan dan sistem yang diterapkan di Brunei telah berada pada tahap yang tinggi berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini. Kedudukan, kestabilan, keamanan dan sistem dipraktikkan oleh Negara Brunei Darussalam telah banyak membantu perkembangan ini. Keberadaan Brunei ditengah-tengah Borneo dan ASEAN memberikan kesan perkembangan ekonomi pulau ini sejak dari dahulu lagi. Kajian ini cuba melihat kadar sumbangan yang telah dimainkan oleh perkembangan sistem kewangan Islam di Brunei terhadap perkembangan ekonomi seluruhnya bagi Pulau Borneo. Sebagai salah sebuah negara yang berada di pulau ini, maka perkembangan ekonominya tidak dapat tidak akan mempunyai kesannya samada secara langsung atau tidak langsung. Kajian ini akan menggunakan kaedah analisa terhadap semua laporan-laporan yang ada dalam isu ini. Ia diperolehi dari laporanlaporan dari institusi kewangan yang berada di Negara Brunei Darussalam dan juga institusiinstitusi masyarakat di seluruh negara-negara yang ada di Pulau Borneo. Secara langsung memang sangat kurang diperolehi sumber-sumber yang berkaitan dengan perkara ini. Kajian ini akhirnya mencadangkan beberapa tindakan pro-aktif untuk memajukan lagi ekonomi dan kewangan di pulau ini khususnya dalam suasana ekonomi yang kurang stabil pada masa ini.
researchgate.net
以上显示的是最相近的搜索结果。 查看全部搜索结果