Individu dan pemilihan dialek: Kajian kes di Kota Samarahan, Sarawak

MSN Abd Wahid, MZ Daud - 2018 - osf.io
2018osf.io
Dialek boleh dirujuk sebagai kepelbagaian bentuk bahasa yang dapat dibezakan melalui
cara sebutan dan tatabahasanya. Oleh itu, kajian ini akan meninjau perspektif dan sikap
individu terhadap dialek mereka. Di samping itu, kajian ini turut melihat sebab pemilihan
dialek mengikut situasi dibantu dengan Teori Pemilihan Bahasa (1970) dan Teori
Akomodasi Pertuturan (1973). Titik penelitian kajian ini adalah di Kota Samarahan, Sarawak
(Desa Ilmu, Taman Samarindah dan Universiti Malaysia Sarawak). Satu pendekatan …
Abstract
Dialek boleh dirujuk sebagai kepelbagaian bentuk bahasa yang dapat dibezakan melalui cara sebutan dan tatabahasanya. Oleh itu, kajian ini akan meninjau perspektif dan sikap individu terhadap dialek mereka. Di samping itu, kajian ini turut melihat sebab pemilihan dialek mengikut situasi dibantu dengan Teori Pemilihan Bahasa (1970) dan Teori Akomodasi Pertuturan (1973). Titik penelitian kajian ini adalah di Kota Samarahan, Sarawak (Desa Ilmu, Taman Samarindah dan Universiti Malaysia Sarawak). Satu pendekatan kualitatif dan kuantitatif telah dijalankan terhadap 30 orang responden yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan umur iaitu lingkungan 20 tahun ke bawah (kumpulan A), kumpulan umur dalam lingkungan 21-25 tahun (kumpulan B) dan kumpulan umur lingkungan 26 tahun ke atas (kumpulan C). Pembahagian peringkat umur mengikut kumpulan ini bertujuan untuk melihat variasi pemilihan dialek individu terbabit. Dapat dirumuskan bahawa, hubungan individu dan pemilihan dialek mereka disebabkan oleh sikap dan perasaan individu dalam mengadaptasikan perbualan harian mereka mengikut situasi. Kata kunci—individu; dialek; sikap; perasaan; adaptasi Abstract. Dialects can be referred to as diversity of language formats that can be distinguished through their pronunciation and grammar. Therefore, this study will examine individual perspectives and attitudes towards their dialect. In addition, this study also looked at why dialect selection was based on the situation assisted with the Language Choice Theory (1970) and Speech Accommodation Theory (1973). The research point of this study was in Samarahan, Sarawak (Desa Ilmu, Taman Samarindah and Universiti Malaysia Sarawak). A qualitative and quantitative approach was carried out on 30 respondents who were divided into three age groups ie 20 years and below (group A), age group within 21-25 years (group B) and age group 26 years and above (group C). The aggregation of ages according to this group aims to see the variation of individual dialect selection. It can be concluded that, individual relationships and their dialect selection are caused by individual attitudes and feelings in adapting their daily conversation to the situation. Keywords—individual; dialect; attitude; feeling; adaptation
osf.io
以上显示的是最相近的搜索结果。 查看全部搜索结果