Masalah pembelajaran urutan kata dalam ayat Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar bukan penutur asli/Hoe Foo Terng

FT Hoe - Esteem Academic Journal, 2009 - ir.uitm.edu.my
Esteem Academic Journal, 2009ir.uitm.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah pembelajaran urutan kata dalam ayat bahasa
Mandarin dalam kalangan pelajar bukan penutur asli, factor faktor yang menyebabkannya
dan strategi-strategi pengajaran yang boleh diperkenalkan untuk menangani masalah yang
dihadapi oleh pelajar Melayu di UiTM. Seramai 90 orang pelajar bukan penutur asli yang
mengikuti bahasa Mandarin di UiTM dipilih sebagai sampel. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar sering melakukan kesilapan dalam tatabahasa bahasa Mandarin …
Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah pembelajaran urutan kata dalam ayat bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar bukan penutur asli, factor faktor yang menyebabkannya dan strategi-strategi pengajaran yang boleh diperkenalkan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu di UiTM. Seramai 90 orang pelajar bukan penutur asli yang mengikuti bahasa Mandarin di UiTM dipilih sebagai sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar sering melakukan kesilapan dalam tatabahasa bahasa Mandarin, antaranya salah kerana dipengaruhi oleh bahasa ibunda, salah kerana menentang susunan logikal, kronologikal atau masa, salah kerana menentang susunan dari besar ke kecil, salah kerana cuai atau keliru maksud dan sebagainya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa gangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar banyak melakukan kesilapan dalam tatabahasa bahasa Mandarin, diikuti dengan kurangnya latihan tatabahasa, pensyarah tidak cukup masa dalam kelas untuk membetulkan kesalahan tatabahasa pelajar, dan pelajar tidak prihatin tentang tatabahasa. Kajian ini juga mengemukakan beberapa strategi dalam pengajaran sebutan bahasa Mandarin untuk mengatasi masalah pembelajaran tatabahasa Mandarin dalam kalangan pelajar. Kaedah Penyusunan Ayat GAT (Grouping-Arranging-Touch up) merupakan satu kaedah untuk mengurangkan pelajar melakukan kesilapan dalam tatabahasa bahasa Mandarin.
ir.uitm.edu.my
以上显示的是最相近的搜索结果。 查看全部搜索结果